Sunday, July 29, 2012

Surat Memohon Keraja

PER: Memohon Jawatan Dalam Bidang Perekaan

Saya yang bernama, Belangau bin Rangit ingin memohon bekerja disyarikat Tuan dalam bidang perekaan. Saya mempunyai cita-cita tinggi dan menaruh impian dari sejak saya kecil lagi untuk berkecimpung dalam bidang ini walaupun saya mengaku saya hanyalah seorang penganggur tegar. Oleh itu, Tuan hendaklah menerima saya bekerja disini sebabkan bapa saya iaitu, Rangit bin Lalat ialah seorang pengusaha besar kedai runcit dan ketua samsing paling ditakuti di kampung tempat tinggal saya.

Sekiranya Tuan berkeras tidak mahu mengambil saya bekerja, saya tidak akan segan silu menyuruh bapa saya melaporkan hal ini ke pihak berwajib dan mungkin Tuan akan menghadapi masalah dalam mengambil pekerja baru selepas ini dan mungkin gulung tikar sebabkan bapa saya mempunyai banyak kawan rapat yang bekerja ditempat tersebut dan bapa saya boleh karate Tuan habis-habisan sampai Tuan terpaksa menerima saya bekerja disana.

Untuk maklumat pihak Tuan, saya mempunyai kelayakan akademik setakat tadika sahaja dan mempunyai pengalaman bekerja sebagai penarik kereta paksa disebuah syarikat milik nenek saya yang telah pun bankrap tak berapa lama ini sebab dia lupa beli lesen. Saya juga pernah bekerja menjadi pengembala  kambing sementara atuk saya sebab dia suka bela binatang dan berlakon watak tambahan sebagai penjual nasi katok dalam rancangan drama tak terkenal di TV yang keluar baru-baru ini.

Oleh yang demikian, saya berharap pihak Tuan akan sudi dan bergembira hati untuk menerima permohonan saya ini. Sekiranya persetujuan telah dicapai dari pihak saya dan saya dibenarkan untuk bekerja di syarikat Tuan oleh bapa dan keluarga saya, saya akan mempertimbangkan dan membelanja satu keluarga saya dan kawan rapat makan dikedai berdekatan dengan tempat bekerja saya dan menceritakan segala kebaikan tentang syarikat Tuan. Dan tidak lupa juga saya akan bekerja bersungguh-sungguh, mandi 3 kali sehari dan bangun pagi-pagi buta serta balik waktu tengah malam untuk membuktikan kesungguhan saya bekerja di syarikat Tuan. Walaupun bunyinya seperti tak betul, saya akan cuba juga dan sekiranya saya tidak menepati janji, pihak Tuan tidak boleh memarahi, menengking, menghalau atau memberhentikan saya atas sebab alasan yang saya sebutkan diawal perenggan tadi.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan beribuan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menerima saya bekerja disyarikat Tuan dan berbesar hati menerima surat tarikh pengambilan bekerja saya bila-bila masa sahaja yang Tuan kehendaki.

Sekian,
Belangau b. Rangit

p.s: Kalau tah surat keraja sebenar cemani kan sanang nda jua ada kan dibualkan, straight to the point ja..

Kes Seluar Dalam

Suatu hari siJamil ani baru balik dari keraja sekali mendapati bininya ani bebukut sama amahnya, abis betarik rambut ni sampai tecabut jua uban amahnya. siJamil ani apa lagi belusir mengaga dan cuba meleraikan keduanya

Jamil: Eh lai behapa kau mengerajakan amah tani ani baru jua sebulan bekeraja sakit atimu tah pulang sudah arahnya.

Bini Abg Jamil: Tau kita kah sebatah ia bekeraja dirumah ani baru tah ku telarah kali ani! Seluar dalam ku yang mahal atu hilang bah! Sebelum ani manada ni cemani! Seluar dalam mahal lagi kana curi ani yang ku bali di kadai Mak Siti ah! Payah jua belurih seluar dalam belubang tangahnya atu! Bukannya keraja urang lain jua, ni si setan ani ni punya keraja! (nama amahnya si Bibi)

Jamil: Dui mun ganya seluar dalam satu atu pun kan kau riuhkan. Karang ku membali kan lagi 10 buting seluar dalam lagi mahal dari seluar dalam belubang ah.

Bini Abg Jamil: Dui ma kalau sebuting nda ku kan bising kali tadi tapi ani 10 buting kana curi! (Tekajut si Jamil mendangar)

Jamil: Eh Bi! Kau kah yang mencuri seluar dalam nya?? Baik tah kau tarus tarang awal ani jua!!

Bibi: Uh? Ngak Pak! Sumpah bukan saya yang curi, kan bapa tahu saya ngak pernah pake seluar dalam...

Lampu Bulb

Suatu hari ada seorang doktor pakar sakit jiwa ani, rutin kebiasaan yang dibuatnya setiap hari ialah melawat setiap pesakit jiwa yang dijaganya. Sekali pagi atu telihat tia seorang pesakitnya ani sibuk menggergaji sekaping kratas pakai tangan kusung dan seorang lagi pesakit ani begantung atas kipas. Sebabkan terlalu hairan plus iski duktur ani pun bertanya kan pesakitnya ani.

Doktor: Eh wang behapa kau mutung keratas atu kan? Sudah ko makan ubatmu?

Pesakit A: Nda kita meliat kah ni ku memutung kayu pakai gergaji ah?

Doktor: Yang si awang seorang atu lagi behapa ya gantung-gantung atas kipas atu?

Pesakit A: Atu kawan baik ku tu duk, nda berapa utaknya tu pikirnya ia atu lampu bulb.

Doktor: Kalau kawan baik mu, kenapa tah kau biarkan? Cuba tah ko nasihati karang terabah patah kaki.

Pesakit A: Eh, kalau siawang atu turun cemana tah kan ku siapkan keraja ku ani??


P.S: Dua-dua krek jua.

Thursday, July 26, 2012

Mesin Kerabau

Ada satu cerita ani pasal anak sihaji kana antar belayar ke luar negeri untuk menyambung belajar tapi selepas 10 tahun menetap dinegeri atu nda tah pernah kan lulus. Akhirnya terpaksa tah ya balik kampung pasal bapanya nda lagi sanggup membiayai pembelajarannya disana.

Setelah sampai mendarat diairport bapanya tah seorang saja menyambut kedia, walaupun dalam hatinya nda ya kan mau mengambil anaknya ani.

Dalam kereta marung2 bapanya ni malas kan menagur kejiwa saja karang. Anaknya ani merasa bersalah jua so tagurnya tah bapanya ani kunun kan mengambil ati urg tua ani.

siAnak: Pa, tau kita di uk ah, maju wah teknologinya sana ah. Ada mesin ani kalau masukkan kerabau dalamnya keluar sosej tarus wah!

Haji: Dui lai, atu pulang kan dibanggakannya, tau kau kah dulu masa ku lakat lagi muda, nda payah pakai misin apa masukkan saja sosej keluar tia kerabau ah..menyusahkan lagi tu!